BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
enjoy ur reading

Monday, June 20, 2011

David Villa "dikorbankan"???

BARCELONA - Barcelona bersedia menawarkan David Villa kepada Manchester City dan Chelsea pada harga 40 juta pound (RM200 juta).




Meskipun gergasi Catalan keberatan melepaskan tonggak penyerang kesayangannya itu, mereka sedar hanya dengan berbuat demikian misi mendapatkan tiga pemain yang sangat dikehendaki, kapten Arsenal, Cesc Fabregas, pemain sayap Udinese, Alexis Sanchez dan penyerang Villarreal, Giuseppe Rossi - dianggarkan memakan belanja 91 juta pound (RM455 juta), dapat dicapai.

Pengurus Barca, Pep Guardiola dihadkan bajet perpindahan hanya 40 juta pound sebagai langkah juara La Liga dan Liga Juara-Juara mengurangkan bebanan hutang sebanyak 350 juta pound (RM1.75 bilion).

Presidennya, Sandro Rosell menegaskan, sekiranya Guardiola mahukan dana tambahan, maka ia harus dijana menerusi jualan pemain.

Villa, 29, menyertai Barca dari Valencia 13 bulan lalu dengan bayaran 35 juta pound dan telah menyumbangkan 23 gol untuk pasukannya pada musim lalu.


Dia juga merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah skuad kebangsaan Sepanyol dengan 46 gol menerusi 72 penampilan antarabangsa.


Sumber berkata, Guardiola memiliki satu senarai pemain yang dia sanggup jual untuk memberikannya lebih kuasa berbelanja dalam pasaran perpindahan, namun Villa tiada dalam senarai tersebut.

"Secara idealnya, dia mahu menyimpan David, terutamanya selepas beraksi cemerlang dalam musim pertama bersama Barca. Dia melihat David sebagai antara pemain penting membantu Barca membolot lebih banyak trofi musim depan.

"Tetapi, dia juga sedar keperluan 'mengorbankan' David untuk membiayai pembelian lanjut. Manchester City dan Chelsea pastinya gembira untuk membeli Villa," katanya.

Rosell sebelum ini memberitahu Arsenal bahawa Barca tidak akan membayar lebih daripada 35 juta pound untuk Fabregas.

Barca bagaimanapun dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Udinese berhubung perpindahan berharga 30 juta pound dan gaji 2.7 juta pound semusim dengan Sanchez, yang juga diintai Manchester United, Manchester City, Juventus serta Inter Milan.

Rossi pula semakin menghampiri perpindahan berharga 26 juta pound yang telah pun disahkan ejennya, Federico Pastorello.

"Impiannya untuk menyarung jersi Barcelona dan hampir tercapai berdasarkan kelancaran rundingan dengan pegawainya setakat ini," katanya...

pemain yang diingini oleh Pep Guardiola untuk diserap ke kelab beliau untuk memperkuatkan lagi skuad Barcelona untuk musim hadapan


Captain Arsenal : Cesc Fabregas


Pemain Villareal : Giuseppe Rossi


Pemain Udinese : Alexis Sanchez




0 comments: