BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
enjoy ur reading

Monday, June 20, 2011

David Villa "dikorbankan"???

BARCELONA - Barcelona bersedia menawarkan David Villa kepada Manchester City dan Chelsea pada harga 40 juta pound (RM200 juta).




Meskipun gergasi Catalan keberatan melepaskan tonggak penyerang kesayangannya itu, mereka sedar hanya dengan berbuat demikian misi mendapatkan tiga pemain yang sangat dikehendaki, kapten Arsenal, Cesc Fabregas, pemain sayap Udinese, Alexis Sanchez dan penyerang Villarreal, Giuseppe Rossi - dianggarkan memakan belanja 91 juta pound (RM455 juta), dapat dicapai.

Pengurus Barca, Pep Guardiola dihadkan bajet perpindahan hanya 40 juta pound sebagai langkah juara La Liga dan Liga Juara-Juara mengurangkan bebanan hutang sebanyak 350 juta pound (RM1.75 bilion).

Presidennya, Sandro Rosell menegaskan, sekiranya Guardiola mahukan dana tambahan, maka ia harus dijana menerusi jualan pemain.

Villa, 29, menyertai Barca dari Valencia 13 bulan lalu dengan bayaran 35 juta pound dan telah menyumbangkan 23 gol untuk pasukannya pada musim lalu.


Dia juga merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah skuad kebangsaan Sepanyol dengan 46 gol menerusi 72 penampilan antarabangsa.


Sumber berkata, Guardiola memiliki satu senarai pemain yang dia sanggup jual untuk memberikannya lebih kuasa berbelanja dalam pasaran perpindahan, namun Villa tiada dalam senarai tersebut.

"Secara idealnya, dia mahu menyimpan David, terutamanya selepas beraksi cemerlang dalam musim pertama bersama Barca. Dia melihat David sebagai antara pemain penting membantu Barca membolot lebih banyak trofi musim depan.

"Tetapi, dia juga sedar keperluan 'mengorbankan' David untuk membiayai pembelian lanjut. Manchester City dan Chelsea pastinya gembira untuk membeli Villa," katanya.

Rosell sebelum ini memberitahu Arsenal bahawa Barca tidak akan membayar lebih daripada 35 juta pound untuk Fabregas.

Barca bagaimanapun dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Udinese berhubung perpindahan berharga 30 juta pound dan gaji 2.7 juta pound semusim dengan Sanchez, yang juga diintai Manchester United, Manchester City, Juventus serta Inter Milan.

Rossi pula semakin menghampiri perpindahan berharga 26 juta pound yang telah pun disahkan ejennya, Federico Pastorello.

"Impiannya untuk menyarung jersi Barcelona dan hampir tercapai berdasarkan kelancaran rundingan dengan pegawainya setakat ini," katanya...

pemain yang diingini oleh Pep Guardiola untuk diserap ke kelab beliau untuk memperkuatkan lagi skuad Barcelona untuk musim hadapan


Captain Arsenal : Cesc Fabregas


Pemain Villareal : Giuseppe Rossi


Pemain Udinese : Alexis Sanchez




Sunday, June 19, 2011

rakyat Malaysia harus bangga!!!


LONDON: Kelab Divisyen 2 Championship, Cardiff City Football Club menghargai Malaysia dengan mengenakan Nama " MALAYSIA " pada jersey rasmi kelab mereka pada musim baru ini.

CEO Gethin Jenkins berkata kepada Wales Online , demi menerima tawaran dari "Negeri Jiran" Malaysia itu, Cardiff menolak sejumlah tawaran sponsor yang lain bertujuan memperkenalkan program bola sepak yang diusung Cardiff bersama Malaysia, iaitu 1Malaysia Cardiff City Grasroots Academy di Kuala Lumpur.

Menurutnya, ikatan antara Cardiff dan Malaysia akan nampak sepanjang musim ini, sesuatu yang sudah diketahui para penyokong selama 12 bulan terakhir. "Kami semua mencuba memaksimakan sponsorship ini dan lebih jauh berbagi antara kedua negara pada musim mendatang. Ini merupakan salah satu cara untuk mempromosi nama Malaysia dipersada EPL






   
   

Monday, June 13, 2011

Cristiano Ronaldo terima gaji £400k seminggu???????



Ronaldo berbicara kepada seorang teman bahawa seseorang yang mengaku dekat dengan keluarga Sheikh Mansour, pemilik City, telah menghubunginya.Dengan terburu-buru,City berani memberikan tawaran tinggi kepada salah satu bintang bolasepak dunia itu.

Cristiano Ronaldo akan ke Manchester City dengan syarat yang telah ditetapkan olehnya.Antara syaratnya adalah gaji seminggu nya adalah £400 Ribu seminggu,menjadi captain di City dan memberikannya jersey NO.7.

Manchester City sanggup membayar beberapa pun supaya Ronaldo ber-jersey Manchester City musim depan.

Jika semua ini berjaya terlaksana,Cristiano Ronaldo akan berpindah dari Madrid dan menjadi pemain paling mahal dalam dunia dan mempunyai gaji paling tinggi dalam sejarah bola sepak buat masa ini di Inggeris.




Sunday, June 12, 2011

kasut futsal aku..

sepanjang aecky terjebak dalam dunia futsal...
aecky cuma da 3jenis kasut jak....
aecky main futsal just isi masa lapang je..
daripada aecky terjebak kerja-kerja
....x berfaedah

first kasut aecky tyme aecky form 4...
4 tahun yang lepas bh...
kasut aecky tyme tue takla mahal..
rm 60 je...
maklumla tyme tue
aecky masih student sekolah menengah..
budget pon xda nak beli kasut futsal yang mahal-mahal..
first kasut aecky ialah kasut jenama coneli...
hehehe

kasut aecky yang second ialah..
kasut nike T90..
tyme aecky beli kasut tue..
kasut ini masih famous...
harganya pon RM169
lgpon jenama baru juga la...
sudah lama aecky idam-idamkan kasut ini...
sejak dari form 5 lagi...
akhirnya hasrat aecky untuk memiliki kasut tersebut
tercapai juga...
setelah duet PTPTN masok...
tyme tue bulan julai 2009.
hehehe....
tyme tue aecky berasa gembira sngt2..
maklumla..aecky dah memiliki kasut idaman aecky..


ini la gmbr kasut futsal aecky yg second..
cantek kan design nya??
hehehe...
nang best la pakai kasut nie...
selesa...
tapi..sekarang aecky sudah tak pakai kasut nie...
sudah rosak terok...
p..aecky masih simpan..
rasa syg nak buang..
oleh sbb kasut nie sudah rosak..
aecky pon bli kasut yg baru..


ini la kasut futsal aecky yg ketiga...
jenama nike5 T1...
aeckybeli pada 31 disember 2010..
harganya RM160
hehe...
aecky pon sudah lama mengidam untuk memiliki kasut nie...
bila 1st tyme pakai..
aecky asa excited sangat bila pkey kasut baru...
hahaha...
aecky masih pakai kasut nie...
keadaan nya masih dalam keadaan baik..
walaupon ada tercalar sikit...
hehhehe..
aecky syg sngt2 kasut nie
sbb aecky bli menggunakkan duet gaji aecky..
gaji aecky bila aecky buat kerja part time..
tyme cuti semester..
...
sekarang aecky plan mok cari kasut futsal yg baru...
tapi..tak taw nak beli kasut pa....
aecky masih blom terpikat dengan mana2 kasut
yang berada di pasaran sekarang nie,,,
tapi..aecky ada juga minat satu kasut nie...
p..tak la minat sngt..hehehe


ini la kasut aecky minat..
cantek kan ?
kaler dye nie mengancam sngt2.
sbb tue la aecky minat..
hehehe
kalo kat cnie harga nya RM259..
so mahal..
n hasrat aecky terbantut untuk memiliki kasut adidas sala....
kalo sapa2 yg sudi sponsor aecky..
aecky mengalu-alukan...
tercapai juga hasrat hati kecil aecky nie...hahahhaha





Saturday, June 11, 2011

Ashley Young sah jadi milik skuad Sir Alex Ferguson

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson berjaya mendapatkan khidmat Ashley Young dengan harga perpindahan £20 juta (RM98.5 juta) semalam.

Pembelian Young dari Aston Villa menyaksikan jumlah perbelan- jaan United pada musim perpindahan ini mencecah £55 juta (RM271 juta).

Kehadiran pemain berstatus bintang itu melengkapkan pembelian ketiga oleh Ferguson.

Sebelum ini, Liverpool telah berbelanja £20 juta (RM98.5 juta) apabila membeli perancang Sunderland, Jordan Henderson, manakala pengurus Arsenal, Arsene Wenger hanya mengeluarkan £1 juta (RM4.9 juta) ke atas pertahanan Charlton Athletic, Carl Jenkinson.

Lebih mengejutkan, kelab yang sebelum ini terkenal dengan pembelian pemain secara besar-besaran, Chelsea dan Manchester City masih belum me- ngeluarkan belanja selepas tamat saingan musim ini.

Young, 25, melepasi ujian perubatan di padang latihan United di Carrington semalam dan menandatangani kontrak selama empat tahun.

Dia kini menyertai Phil Jones seba- gai pemain baharu di Old Trafford se- lepas berpindah dari Blackburn Rovers dengan harga £16.5 juta (RM81.3 juta), Rabu lalu.

United juga sebelum itu telah membeli penjaga gol Sepanyol, David De Gea dari Atletico Madrid dengan harga £18.5 juta (RM91.2 juta).

Ferguson merampas Jones dari tangan pencabarnya, Liverpool, manakala pengurus The Reds, Kenny Dalglish turut dikatakan berminat ke atas Young.

Young boleh beraksi sebagai pemain sayap atau penyerang kedua dan dia merupakan pemain yang mampu memberi sumbangan besar kepada United di bahagian serangan.

Pemain ini mula menarik perhatian ketika bermain dengan kelab Watford sebelum dibeli oleh Villa dengan £8 juta (RM39.4 juta) pada Januari 2007.

Dia membuat 193 penampilan dengan menjaringkan 39 gol, namun statistik mencipta peluang jaringan sebanyak 54 kali telah membuatkan Young sebagai aset yang bernilai.

Pembeliannya juga mula mencetuskan persoalan mengenai masa depan Nani di Old Trafford.

Baru-baru ini, Nani mengesahkan dia bersedia mengubah haluan dengan menyertai kelab lain.




Friday, June 10, 2011

CHELSEA AKAN ATASI BIDAAN UNTUK DAPATKAN SNEIJDER

kemana arah tuju pemain ini??
Manchester City?
Manchester United?
Chelsea?
ketiga -tiga kelab gergasi EPL ini berebut untuk mendapat khidmat pemain Inter Milan ini untuk memperkuatkan kelab masing-masing untuk saingan musim depan...


CHELSEA AKAN ATASI BIDAAN UNTUK DAPATKAN SNEIJDER

Hiddink telah memberitahu Chelsea supaya mengatasi bidaan dua kelab gergasi England, Manchester United dan Manchester City yang turut berminat melamar Sneijder.
Sneijder, 27, hampir pasti akan meninggalkan Inter pada musim panas ini dan telah meluah- kan hasrat untuk beraksi di England.

Pengurus United, Alex Ferguson sudah lama mencuba untuk membawa perancang itu ke Old Trafford dan menganggap Sneijder sebagai pengganti yang sesuai kepada Paul Scholes.

Namun permintaan gaji yang tinggi daripada Sneijder iaitu £200,000 (RM989,350) seminggu adalah di luar kemampuan United, sekali gus me- yakinkan Chelsea bahawa mereka adalah pilihan yang lebih baik berbanding dengan City.







Thursday, June 9, 2011

keletihan

aecky asa teramat letih..
walaupon ri tok aecky xda bnyk kelas...
mayb kesan daripada hari2 semalam...
aecky agak bz...
bnyk abis masa kat kolej..
ermm..
p..aecky tak kesah sbb
mayb tue dah kerja aecky sejak
menjadi MPP
....




Monday, June 6, 2011

new soul---yael naim

I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit about how to give and take.
But since I came here
Felt the joy and the fear
Finding myself making every possible mistake

La-la-la-la-la-la-la-la...

I'm a young soul in this very strange world
Hoping I could learn a bit bout what is true and fake.
But why all this hate?
Try to communicate
Finding trust and love is not always easy to make.

La-la-la-la-la-la-la-la...

This is a happy end
Cause' you don't understand
Everything you have done
Why's everything so wrong

This is a happy end
Come and give me your hand
I'll take your far away.

I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit about how to give and take
But since I came here
Felt the joy and the fear
Finding myself making every possible mistake

La-la-la-la-la-la-la-la...

La-la-la-la-la-la-la-la-la-la....

alone

ermm...
kini ku asa kesunyian...
ku pon xtauk knak ku asa sunyi cm tok ilak..
ku mok kehidupan ku selama tok...
ceria...
happy...
p...ku telah coba mok happy..ceria...
p...ku xpat,,,
ku xmampu...
ku pon xatuk kemana ilang keceriaan aku dulu...
Ya Allah..
tolong la hamba-Mu ini...
agar keceriaan ku kembali...
seperti dulu kala.....



kini ku kesunyian

Thursday, June 2, 2011

ermm..

sedih sngt2..
gawai pon dah tak meriah cm dulu..
aecky cuma smbt gawai dgn
bapa..mak n adik je...
kakak begawai ka kmpong suaminya...
abg pula blik kampong isteri nya...
ermm...sedih2 sngt sbb tak dpt jmpa dgn anak buah aecky....
nape erk sejak kebelakangan nie aecky salu asa sedih??
da hikmah ke di sebalik kesedihan yang melanda aecky nie??
aecky buntu..
tak taw nak watpe..
hanya mampu berdoa agar aecky sentiasa ceria sentiasa
cm dulu2...
ermm...dapat kew aecky ceria cm dulu???
tue la persoalan yg harus aecky jawab terlebih dahulu....